Karangan Jenis Fakta
Karangan
jenis fakta biasanya memerlukan anda mengemukakan isi dengan fakta yang benar
dan logik. Oleh itu, anda mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam
pelbagai bidang. Antaranya ialah bidang sains, geografi, sejarah dan
sebagainya.
Ciri-ciri karangan :
1. Memberi petunjuk dan arahan
2. Menerangkan proses terjadinya sesuatu perkara
3. Memberikan fakta tentang isu dan tema
4. Menerangkan sesuatu peraturan
5. Tidak berbentuk khayalan
Contoh:
Tulis sebuah karangan tentang kepentingan sektor pelancongan bagi sesebuah negara.
Tema - sektor pelancongan
Fokus - kepentingan
Ciri-ciri karangan :
1. Memberi petunjuk dan arahan
2. Menerangkan proses terjadinya sesuatu perkara
3. Memberikan fakta tentang isu dan tema
4. Menerangkan sesuatu peraturan
5. Tidak berbentuk khayalan
Contoh:
Tulis sebuah karangan tentang kepentingan sektor pelancongan bagi sesebuah negara.
Tema - sektor pelancongan
Fokus - kepentingan
Sektor pelancongan amat
penting kepada pembangunan sesebuah negara. Malaysia kini berada di
tangga yang kesembilan paling banyak dikunjungi oleh seluruh pelancong dari
segenap pelosok dunia. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk
terus berdaya saing dalam sektor pelancongan di peringkat antarabangsa. Kawasan
alam sekitar yang berpotensi dijadikan pusat peranginan terus mendapat
perhatian serius oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Usaha-usaha
memperindah kawasan alam sekitar giat dijalankan agar dapat menarik pelancong
dari dalam dan luar negara. Kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong
ialah kawasan pinggir pantai dan kawasan pergunungan yang masih mengekalkan
pelbagai jenis flora dan fauna.
Seiring dengan kemajuan
negara, sektor pelancongan turut memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan
ekonomi. Pertumbuhan ekonomi bertambah pesat apabila kehadiran pelancong asing
yang membanjiri negara ini menyebabkan berlaku pertukaran mata wang
asing. Hal yang demikian menyebabkan kadar pendapatan negara bertambah
dan secara tidak langsung pendapatan per kapita rakyat juga akan
meningkat......
No comments:
Post a Comment