SELAMAT MAJU JAYA ANAK-ANAKKU SEMOGA KALIAN CEMERLANG DALAM PMR DAN SPM 2013

Saturday, 5 October 2013

Pengalaman di Kuala Gula



            SELAMAT DATANG KE KUALA GULA SANCTUARY RESORT pada 4 Oktober 2013 hingga 5 Oktober 2013.  LDP yang diadakan di sini selama dua hari satu malam anjuran SMK Padang Serai, Kedah telah memberi pengalaman baru kepada saya untuk menyaksikan kebesaran Maha Agung Pencipta.
PERSEDIAAN MENAIKI BOT UNTUK MENYUSURI KUALA.  Semua peserta sedang mendengar taklimat tentang keistimewaan Kuala Gula sebagai salah sebuah tempat persinggahan burung hijrah dari seluruh dunia.  Betapa anehnya... Tidak terjangkau dengan akal kita betapa hebatnya ciptaan Allah mengatur alam ini... Subhanallah.  Sedikit info ringkas tentang burung-burung istimewa ini.


            Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya penting dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti
 Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.  Setiap tahun, pelbagai spesies burung singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australasian Flyway. Pelbagai spesies burung air/berhijrah boleh ditemui bermula daripada akhir Ogos hingga April setiap tahun. Spesies-spesies yang dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN seperti burung Botak Upeh (Mycteria cinerea), burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus), burung Bangau China (Egretta eulophotes) dan burung Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) juga boleh didapati di sini. Kewujudan hutan paya bakau di Kuala Gula menyediakan kawasan persinggahan, kawasan berehat dan kawasan bersarang yang amat sesuai untuk pelbagai spesies tempatan di sini. Selain daripada itu, beting pasir dan beting lumpur menyediakan pelbagai sumber makanan yang diperlukan oleh burung-burung ini seperti ikan, ketam, siput dan cacing. Di Malaysia, sebahagian besar daripada spesies burung-burung di sini dilindungi bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 76/72.




       
            Sudah bertahun-tahun lamanya saya tidak menjalani aktiviti di laut.  Sesekali dapat peluang begini seronok juga.  Bot kami berhenti di pesisiran kuala yang berlumpur ini untuk melihat dengan lebih dekat pokok-pokok bakau yang baru ditanam.  Sementara itu, saya sempat merakam gelagat seorang dua staf SMK Padang Serai yang menyauk kerang.  Ooooo..........begini rupanya orang mengambil kerang. Fuh..Banyak sungguh! Yang banyak tu kat dalam air.  Yang mereka sauk tu sedikit je.  Saja nak mencari pengalaman sauk kerang.  Yang bot satu lagi tu bawa Tuan Pengetua bersama isterinya serta staf-stafnya.




            Ini ialah KETAM KELAPA. Tapi ketam ni tak de la pulak kat Kuala Gula.  Abih tu nape kalut posting kat sini? Haaaaaa..... sebenarnye saya tekejut bebenau dengan keajaiban spesis ni.  Pada petang tu di Kuala Gula, saya berehat di chalet sambil menonton rancangan TV3.  Hal ketam ni le. Tak pernah saya dengar seumur hidup.  Yang paling mengejutkan saya... ketam ni dah le besar 3 hingga 4 kilo, boleh panjat pokok kelapa dan gugurkan buahnye.. Then ketam ni turun lalu kopek le buah kelapa tu tadi.  Spesis ni gemar sangat dengan isi kelapa.  Hairan bin ajaib sungguh saya nengok.  Tapi bila memikirkan semula semuanya ni kuasa dan keagungan Pencipta... saya pun tak le terover tekejut macam mula-mula tadi. MasyaALLAH..... betapa hebat kekuasaanNYA.

Hanya setakat ini sahaja yang ingin saya kongsi pengalaman saya di Kuala Gula.  Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Pengetua dan semua staf SMK Padang Serai.   






No comments:

Post a Comment