SELAMAT MAJU JAYA ANAK-ANAKKU SEMOGA KALIAN CEMERLANG DALAM PMR DAN SPM 2013

Sunday, 3 November 2013

Analisis Karangan 4ST1

Analisis Karangan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4ST1    
            
            Cikgu mengucapkan tahniah kepada semua pelajar 4ST1 atas usaha anda semua mempertingkat kualiti penulisan Bahasa Melayu.  Cikgu kagum dengan usaha anda semua yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan karangan yang bermutu dari semasa ke semasa.  Namun, masih ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian semasa menulis karangan sama ada karangan bahagian A ataupun karangan bahagian B.  Di sini cikgu senaraikan beberapa perkara penting sebagai panduan untuk anda semua terus meningkatkan kualiti penulisan masing-masing:

1.  Karangan bahagian A hendaklah ditulis antara 200 hingga 250 patah perkataan SAHAJA.  Pastikan anda akur dengan arahan ini sekalipun anda mampu menghurai idea dengan panjang lebar.

2.  Istilah-istilah yang anda semua gunakan adalah tepat. Tahniah.  Namun, anda semua mesti berhati-hati apabila menggunakan istilah Inggeris yang telah diMelayukan.  Antaranya ialah :
        i.    nicotine  sepatutnya nikotin
        ii.   carbon monoxida  sepatutnya karbon monoksida
       iii.   atmosphera sepatutnya atmosfera
       iv.   carbon dioxide sepatutnya karbon dioksida
        v.   cancer sepatutnya kanser

3.   Kosa kata yang tepat dan luas amat mempengaruhi pemarkahan.  Oleh itu, pastikan anda semua     peka dalam penggunaan kosa kata.  Antara kesilapan yang anda lakukan ialah sisa rokok disebut sebagai  pucuk rokok sepatutnya puntung rokok.

4.    Pastikan binaan ayat tidak tergantung terutama ketika memulakan perenggan baru seperti ini :
Selain itu, mencemarkan alam sekitar. Merokok turut mengakibatkan berlakunya pencemaran udara.  Hal ini demikian kerana asap yang keluar dari rokok............

Sepatutnya anda menggunakan ayat yang gramatis seperti ini:
Selain itu, tabiat merokok boleh mencemarkan alam sekitar. / Selain itu, merokok juga akan mencemarkan alam sekitar.

5.    Jangan sesekali mulakan ayat dengan menggunakan kata tunjuk seperti ini atau itu.  Bagi mengelakkan kesilapan ini, anda boleh memulakan ayat seperti Hal yang demikian... atau Hal ini disebabkan... (sesuaikan penggunaan ikut situasi).

Hanya setakat ini dahulu.  Tahniah kepada semua dan selamat bercuti.  Terdapat beberapa perkara lagi yang akan cikgu maklumkan nanti.  Terima kasih.

Saturday, 5 October 2013

Pengalaman di Kuala Gula



            SELAMAT DATANG KE KUALA GULA SANCTUARY RESORT pada 4 Oktober 2013 hingga 5 Oktober 2013.  LDP yang diadakan di sini selama dua hari satu malam anjuran SMK Padang Serai, Kedah telah memberi pengalaman baru kepada saya untuk menyaksikan kebesaran Maha Agung Pencipta.
PERSEDIAAN MENAIKI BOT UNTUK MENYUSURI KUALA.  Semua peserta sedang mendengar taklimat tentang keistimewaan Kuala Gula sebagai salah sebuah tempat persinggahan burung hijrah dari seluruh dunia.  Betapa anehnya... Tidak terjangkau dengan akal kita betapa hebatnya ciptaan Allah mengatur alam ini... Subhanallah.  Sedikit info ringkas tentang burung-burung istimewa ini.


            Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya penting dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti
 Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.  Setiap tahun, pelbagai spesies burung singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australasian Flyway. Pelbagai spesies burung air/berhijrah boleh ditemui bermula daripada akhir Ogos hingga April setiap tahun. Spesies-spesies yang dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN seperti burung Botak Upeh (Mycteria cinerea), burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus), burung Bangau China (Egretta eulophotes) dan burung Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) juga boleh didapati di sini. Kewujudan hutan paya bakau di Kuala Gula menyediakan kawasan persinggahan, kawasan berehat dan kawasan bersarang yang amat sesuai untuk pelbagai spesies tempatan di sini. Selain daripada itu, beting pasir dan beting lumpur menyediakan pelbagai sumber makanan yang diperlukan oleh burung-burung ini seperti ikan, ketam, siput dan cacing. Di Malaysia, sebahagian besar daripada spesies burung-burung di sini dilindungi bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 76/72.




       
            Sudah bertahun-tahun lamanya saya tidak menjalani aktiviti di laut.  Sesekali dapat peluang begini seronok juga.  Bot kami berhenti di pesisiran kuala yang berlumpur ini untuk melihat dengan lebih dekat pokok-pokok bakau yang baru ditanam.  Sementara itu, saya sempat merakam gelagat seorang dua staf SMK Padang Serai yang menyauk kerang.  Ooooo..........begini rupanya orang mengambil kerang. Fuh..Banyak sungguh! Yang banyak tu kat dalam air.  Yang mereka sauk tu sedikit je.  Saja nak mencari pengalaman sauk kerang.  Yang bot satu lagi tu bawa Tuan Pengetua bersama isterinya serta staf-stafnya.




            Ini ialah KETAM KELAPA. Tapi ketam ni tak de la pulak kat Kuala Gula.  Abih tu nape kalut posting kat sini? Haaaaaa..... sebenarnye saya tekejut bebenau dengan keajaiban spesis ni.  Pada petang tu di Kuala Gula, saya berehat di chalet sambil menonton rancangan TV3.  Hal ketam ni le. Tak pernah saya dengar seumur hidup.  Yang paling mengejutkan saya... ketam ni dah le besar 3 hingga 4 kilo, boleh panjat pokok kelapa dan gugurkan buahnye.. Then ketam ni turun lalu kopek le buah kelapa tu tadi.  Spesis ni gemar sangat dengan isi kelapa.  Hairan bin ajaib sungguh saya nengok.  Tapi bila memikirkan semula semuanya ni kuasa dan keagungan Pencipta... saya pun tak le terover tekejut macam mula-mula tadi. MasyaALLAH..... betapa hebat kekuasaanNYA.

Hanya setakat ini sahaja yang ingin saya kongsi pengalaman saya di Kuala Gula.  Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Pengetua dan semua staf SMK Padang Serai.   






Friday, 4 October 2013

Karangan Bahagian B SPM

Bahagian B
[100 markah]
[Masa yang dicadangkan :  1 jam 30 minit]

(Catatan :  Karangan ini tidak cukup satu perenggan ( satu isi penting).  

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Soalan 2  :  
Kebersihan amat penting dalam kehidupan.  Setiap ibu bapa menitikberatkan kebersihan terhadap anak-anak.  Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Hasil penulisan Tan Li Qi (4 ST1)
Kebersihan amat penting dalam kehidupan seseorang. Banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya seseorang itu mengamalkan kebersihan dalam kehidupannya.  Dengan mengamalkan kebersihan, seseorang pelajar akan dapat mengulang kaji pelajaran dan belajar dengan lebih selesa dan aman.  Dengan amalan kebersihan, sesebuah restoran bukan sahaja akan selalu dikunjungi pelanggan malahan akan sentiasa menerima pujian.  Selain daripada itu, sesuatu tempat akan kelihatan lebih istimewa sekaligus akan menaikkan imej ke peringkat yang lebih baik di mata masyarakat.  Di samping itu, dengan amalan kebersihan jugalah akan menjadikan sesebuah negara itu disanjung tinggi di mata dunia.  Sekiranya masyarakat mengabaikan aspek kebersihan, pasti akan muncul beberapa kesan negatif sebanyak bintang di langit yang tidak terhitung oleh manusia.  Sebenarnya, amalan kebersihan bermula dari rumah iaitu sejak anak-anak masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Oleh itu, setiap ibu bapa mestilah menitikberatkan aspek kebersihan dalam usaha mendidik anak-anak.  Oleh hal yang demikian, peranan ibu bapa amatlah besar dan mencabar.

Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa mestilah berperanan sebagai pembimbing ke arah mendidik anak-anak mengamalkan tabiat mementingkan kebersihan.  Ibu bapa melaksanakan tanggungjawab keibubapaan mereka dengan penuh komitmen dan berdedikasi.  Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak tentang kepentingan kebersihan sejak mereka berusia setahun jagung darah setampuk pinang.  Ibu bapa mestilah mendisiplinkan anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.  Sebagai contoh, mereka hendaklah memastikan anak-anak sentiasa berpakaian bersih dan kemas serta rambut tersisir rapi.   Mereka seharusnya memastikan anak-anak sentiasa menjaga kebersihan diri seperti menggosok gigi selepas makan dan sebelum tidur.  Selain itu, anak-anak perlu dilatih mencuci tangan ketika hendak makan atau selepas makan.  Begitu juga halnya apabila anak-anak bangun daripada tidur sewajarnya ibu bapa melatih mereka mengemas bilik tidur termasuklah penggunaan bilik air  Usaha sebegini perlu dilakukan secara berterusan kerana alang-alang mandi biarlah basah dan bukan sekadar mandi kerbau.  Oleh itu, ibu bapa mestilah menyemai sikap mementingkan kebersihan ke dalam jiwa anak-anak kerana kebersihan separuh daripada iman.
Seterusnya, ibu bapa mestilah mempamerkan suri teladan yang sempurna.  Janganlah ibu bapa menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.  Ibu bapa mestilah terlebih dahulu mengamalkan aspek kebersihan dalam kehidupan.  Hal ini kerana bapa borek anak rintik ataupun bagaimana acuan begitulah kuihnya.  Anak-anak ibarat sehelai kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa sebaik mungkin.  Oleh sebab ibu bapa merupakan idola pertama dalam hidup mereka, sudah pasti mereka akan mengikut jejak dan mencontohi ibu bapa mereka.  Sebagai contoh, sekiranya bapa tidak mandi dari siang hinggalah ke malam, anaknya turut akan melengah-lengahkan waktu mandinya dan seterusnya menjadi alpa untuk menjaga kebersihan diri.  Oleh itu, ibu bapa mestilah terlebih dahulu menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian supaya anak-anak mendapat suatu contoh teladan yang sempurna untuk diikuti.

Ibu bapa juga perlulah mewujudkan suasana keluarga yang bersih, bahagia lagi kondusif.  Ibu bapa mestilah selalu mengingati matlamat kempen ‘Rumahku Syurgaku’ dan slogan ‘Keluarga Bahagia’.  Apabila menyebut perkataan syurga, pastilah kita akan memikirkan suatu tempat yang bersih, bahagia, aman, selesa dan seumpamanya.  Oleh itu, ibu bapa mestilah memastikan seluruh kawasan rumah sama ada di dalam atau di luar rumah sentiasa dalam keadaan bersih.  Ibu bapa seharusnya mengajak anak-anak supaya bersama-sama memiliki perasaan bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah.  Ibu bapa boleh juga mengadakan gotong-royong dari semasa ke semasa bagi mencapai tujuan tersebut.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengelap lantai, mencuci tandas, menghias halaman rumah dan sebagainya.  Hal ini bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang bersih malahan dapat melahirkan hubungan kekeluargaan yang erat bagai aur dengan tebing.

Ibu bapa juga perlu berperanan sebagai sahabat kepada anak-anak dalam usaha menerapkan amalan mementingkan kebersihan.  Ibu bapa mestilah banyak meluangkan masa mendampingi anak-anak dengan penuh kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh.  Keadaan sebegini dapat membantu ibu bapa mengetahui tingkah laku anak-anak mereka ketika di luar rumah.  Hal ini kerana ibu bapa akan dapat memahami jiwa anak-anak mereka melalui rakan sebaya yang sering mendampingi anak-anak mereka.  Kata-kata seorang pujangga yang tersohor, jika kita berjinak-jinak dengan si peminyak wangi maka harumlah badan kita.  Jika kita berjinak-jinak dengan si tukang besi, maka percikan api akan terkena badan kita.  Ibu bapa perlu memastikan rakan-rakan yang bergaul dengan anak-anak mereka adalah insan yang mementingkan aspek kebersihan juga.  Kesannya, pendidikan yang diterapkan dalam jiwa anak-anak tentang aspek kebersihan akan berterusan walaupun anak-anak mereka berada di luar rumah.



Konklusinya, Setiap ibu bapa perlu menitikberatkan aspek kebersihan terhadap anak-anak supaya mereka menjadi insan yang mementingkan kebersihan.  Sehubungan dengan itu akan lahirlah sebuah masyarakat yang mementingkan kebersihan.  Kesannya, negara kita akan bebas daripada ancaman budaya barat seperti budaya hedonisme dan budaya kuning.  Secara tidak langsung, hal ini akan membantu negara kita terus berkembang maju dalam pelbagai sektor kerana memiliki modal insan yang cemerlang.  Hal ini jelas membuktikan kebenaran satu peribahasa Melayu iaitu tangan yang menghayun buaian akan dapat menggoncang dunia.  Bermula dari rumah, anak-anak diterapkan oleh ibu bapa dengan aspek kebersihan  telah dapat menjadikan negara kita mencapai taraf berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.  Di sini, jelaslah bahawa betapa besarnya peranan ibu bapa dalam melahirkan modal insan yang mementingkan aspek kebersihan.

Wednesday, 2 October 2013

Kata Pemeri by yusniza_abdulwahab

">
http://www.melvister.com/2013/06/koleksi-contoh-esei-karangan-spm-2013-terbaik-isu-semasa.html
http://teknikdankaedahmengajarkomsas.blogspot.com/

MAJLIS RESTU PMR 2013

TARIKH   :  01 Oktober, 2013          MASA     :   8.00 pagi
TEMPAT   :  Pekarangan Dataran Bakti, SMK Bakar Arang

             

            Calon-calon PMR SMK Bakar Arang sedang berbaris untuk menerima buah tangan daripada pihak sekolah.   Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna ini amat menyentuh hati guru-guru dan semua calon PMR.

               

               
Walaupun kecil tetapi tidak ternilai sokongan yang diberi.  "Buat yang terbaik.  Semoga berjaya skor A", kata-kata semangat daripada pengetua kepada setiap orang calon.  

              
Hari terakhir sebelum bermulanya peperiksaan PMR.  Situasi yang begitu mengharukan....


               Anak-anakku 3 Setia... Keceriaan kalian sentiasa mencuit hatiku... Ibu doakan kalian memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR pada tahun ini.




    Ceria... ceria gak.   Susah hati... susah hati gak.  Lum tau untung nasib korang 
             macamane tahun ni.  Apapun BM u all ni A dalam tangan.  
Mudah-mudahan menjadi realiti nanti. Amiiiin..

             





Tuesday, 1 October 2013

ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2013



TAHUN
SPMU(JUL)
SPM(NOV)
Bhg (a) =  7 m
Bhg (b)   =  8 m
Bhg (a) =  7 m
Bhg (b)   =  8 m
2001
-
-
Kewajaran  pengarang mengakhiri cerita
Empat persoalan
2002
Sinopsis novel
Empat nilai murni
Tema
Latar masyarakat
2003
Klimaks &  peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita
Empat latar tempat
Buktikan persoalan kegigihan
Perwatakan watak utama
2004
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama
Empat pengajaran
Tiga nilai kasih sayang
Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi
2005
Perwatakan satu watak sampingan
Tiga peristiwa yang dapat anda teladani
Dua peristiwa yang paling menarik
Bandingkan satu  latar tempat dalam dua novel
2006
Pertentangan antara watak
Dua nilai kemasyarakatan dalam dua novel
Pengajaran
Satu persoalan dalam dua novel
2007
Dua nilai setia kawan
Perbandingan tema
Dua peristiwa tentang persoalan maruah
Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi dalam dua novel
2008
Pemilihan tajuk dikaitkan dengan isi kandungan novel
Tiga pengajaran dalam dua novel
Dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat pembaca
Perbandingan (persamaan & perbezaaan) latar masyarakat dalam dua novel


2009
Dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap pembaca
Satu latar masa dalam dua novel
Dua contoh yang membuktikan ketabahan watak utama
Satu contoh nilai kasih sayang dalam dua novel
2010




Dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyakarat
Satu latar masyarakat dalam dua novel


Sebab-sebab novel boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca

Satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel

2011
Kandungan novel (Sinopsis)
Dua Pengajaran
(1 Novel)
Perwatakan watak utama
Dua persoalan
(1 novel)
2012
Tema
Tiga pengajaran
Dua latar masa
Tiga nilai kemanusiaan
(1 novel)
2013
Dua
Latar Tempat
Pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu  watak lain  
(2 novel)